Pages

Ads 468x60px

Tuesday, December 10, 2013

LAMAN PORTAL RASMI




MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eskport negara.

Objektif
Objektif-objektif MATRADE adalah:
Ø  Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
Ø  Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikatMalaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
Ø  Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
Ø  Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Visi
Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi
Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia 

Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:

Ø  Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih; 
Ø  Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
Ø  Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
Ø  Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
Ø  Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
Ø  Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
Ø  Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
Ø  Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


Perdagangan dan E-Dagang

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia. 

Eksport

Aktiviti eksport iaitu menjual produk yang dihasilkan dalam negara ini kepada negara lain merupakan salah satu punca pendapatan negara yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi.  Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dari segenap aspek termasuk bantuan pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan, panduan dagang dan sebagainya. 

Kemudahan Untuk Pengeksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah agensi utama yang bertindak sebagai pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia dan pengimport luar negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa.  Kemudahan yang disediakan MATRADE bertujuan membantu syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, seterusnya mengukuhkan imej Malaysia sebagai rakan kongsi perniagaan bertaraf global.

Kemudahan Untuk Pengimport Asing

Di samping menyediakan kemudahan untuk pengeksport Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari luar negara dalam membina jalinan perniagaan dengan pengeksport Malaysia.  

Import

Malaysia telah menjalin perhubungan perdagangan termasuk perhubungan dua hala dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat.  Pengusaha perniagaan Malaysia boleh mengimport barang-barang dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian menyediakan khidmat pemudahan perdagangan bagi membantu pengimport manakala Kastam Diraja Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan tertentu telah menetapkan beberapa peraturan dan tatacara. 

Duti dan Cukai

Kerajaan Malaysia mengenakan duti dan cukai ke atas barang-barang yang dieksport/import.  Duti dan cukai dikutip dan diuruskan oleh Kastam Diraja Malaysia.

Perjanjian Perdagangan

Dasar perdagangan Malaysia bertujuan untuk melaksanakan liberalisasi menerusi peraturan berdasarkan sistem perdagangan pelbagai hala di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Selain itu juga Malaysia juga memilih untuk melaksanakan penyusunan perdagangan dua hala. 

Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA)

AFTA ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Brunei. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan supaya mendapat faedah terus. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:


Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

WTO (dahulunya Perjanjian Am Ke Atas Tarif dan Perdagangan (GATT) merupakan salah satu organisasi global yang berurusan dengan peraturan perdagangan di antara negara-negara. Tujuan utama penubuhan WTO adalah untuk membantu pengeluar barangan, pengeksport, dan pengimport untuk mengendalikan perniagaan mereka.

Skim Tariff Keutamaan Sama Rata ( CEPT )

Skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) adalah kerjasama di antara negara-negara ASEAN untuk mengurangkan tariff serantau (intra-regional) dan melucutkan sekatan bukan tarif. Selama 10 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 1993.

Lesen dan Permit

Aktiviti import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Program Latihan Eksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan seminar dan bengkel bagi mengemaskini pengeksport dengan maklumat perdagangan dan perniagaan di pasaran antarabangsa.  Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Promosi Perdagangan

Kerajaan mempertanggungjawabkan beberapa agensinya dalam mempromosikan produk untuk didagangkan. Agensi-agensi ini melaksanakan program-program bertujuan memperkenalkan produk-produk baru ke pasaran dan membantu usahawan memasarkan produk mereka. Antara agensi yang bertanggungjawab menjalankan promosi perdagangan bagi peniaga tempatan ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut :


Statistik Perdagangan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh dilihat pada statistik yang telah disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.

E-Dagang

Internet merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan. Perdagangan yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan cekap kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang.  

E-Perolehan

E-Perolehan membolehkan para pembekal memamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia; menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Ø  EP Shoppe

Maklumat Pasaran Antarabangsa 

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan maklumat mengenai pasaran antarabangsa untuk pengeksport-pengeksport Malaysia.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:



2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete

 
Blogger Templates