Pelaburan asing secara langsung ialah satu pelaburan langsung (FDI) ke dalam pengeluaran atau perniagaan di sebuah Negara oleh seorang individu atau syarikat Negara yang lain sama ada dengan membeli sebuah syarikat di Negara sasaran atau dengan mengembangkan operasi satu perniagaan sedia ada di Negara itu. Pelaburan asing secara langsung ialah berbeza dengan portfolio pelaburan yang mana satu pelaburan pasif di sekuriti Negara yang lain seperti stok dan bon.
Secara
umumnya, pelaburan asing secara langsung termasuklah penggabunggan dan
pemerolehan, kemudahan baru bangunan, melabur semula keuntungan yang diperolehi
dari syarikat operasi luar dan pinjaman syarikat intra.
FDI ialah
jumlah modal ekuiti, modal jangka panjang lain dan modal jangka panjang pendek
seperti yang ditunjukkan di imbangan pembayaran. FDI biasanya melibatkan
aktiviti pengurusan, usahasama, pemindahan teknologi dan kepakaran.
Selain
itu, FDI mendedahkan firma terhadap risiko besar ekonomi dan politik serta
kerumitan dalam pengoperasian dan kesan terhadap nilai pelaburan asing
sekiranya perubahan kadar pertukaran berlawanan. FDI boleh juga dipengaruhi
oleh dasar kerajaan.
Firma yang
menggunakan FDI juga perlu memenuhi cabaran-cabaran biasa pengurusan,
beroperasi dan membiayai anak syarikat asing mereka ketika menghadapi kesukaran
tambahan dari segi politik, kesahan dan perbezaan budaya yang berbeza.
FDI
mempunyai tiga kaedah iaitu:
v
Membina kemudahan baru (dikenali sebagai
strategi Greenfield).
v
Membeli asset sedia ada di sebuah Negara
asing (dikenali sebagai strategi
pengambilalihan atau strategi
Brownfield).
v
Menyertai usahasama / Joint ventures.
STRATEGI GREENFIELD
Strategi Greenfield ialah melibatkan proses permulaan satu operasi baru. Perkataan Greenfield terhasil daripada imej permulaan dengan tapak hijau dan kemudian dimajukan.
Firma
membeli atau memajak tanah, membina kemudahan baru, menyewa atau memindahkan
pekerja dalaman seperti pengurus dan pekerja kemudian memulakan operasi baru.
Kilang pembuat filem, Fuji Film bertempat di South Carolina mewakili pelaburan
Greenfield, sama seperti Mercedes-Benz kilang pemasangan automobil di Alabama
dan kilang Nissan di Sunderland, England.
Kelebihan
strategi Greenfield :
v
Memberi fleksibiliti reka bentuk maksimum
untuk memenuhi keperluan projek.
v
Mempunyai kemudahan yang terkini.
v
Kemudahan baru akan mengurangkan keperluan
penyelenggaraan.
v
Dapat direka bentuk untuk kegunaan/keperluan
semasa dan masa depan.
v
Peluang akan meningkatkan imej syarikat.
v
Syarikat akan bermula dengan rekod bersih.
v
Sesuai untuk pajakan atau pilihan sendiri.
Kekurangan
strategi Greenfield :
v
Sesetengah kawasan tidak maju sepenuhnya dan
mempunyai kos pembangunan tambahan
seperti kerja utama untuk
pembentungan dan air.
v
Jangka masa untuk kelulusan lebih lama bagi
kawasan baru.
v
Permintaan tinggi terhadap tapak perindustrian
dimana mungkin wujud kesukaran di tempat semasa seperti cerun dan keadaan
tanah.
STRATEGI PENGAMBILALIHAN
Merupakan
srategi pengambilalihan syarikat sedia ada dan menjalankan perniagaan di Negara
tuan rumah. Dengan memperolehi perniagaan yang masih beroperasi, pembeli dengan
cepat mendapat kawalan ke atas kilang yang diperolehi, teknologi, kakitangan,
jenama-jenama dan rangkaian pengagihan.
Firma yang
diperolehi boleh terus menjanakan hasil apabila pembeli mengintegrasikan ia ke
dalam strategi antarabangsa secara keseluruhannya. Tidak seperti strategi
Greenfield, strategi-strategi pengambilalihan menambah ketidakupayaan baru
kepada industri itu. Ini merupakan suatu faedah yang nyata.
Kadangkala
perdagangan antarabangsa memperolehi syarikat tempatan dengan hanya memasuki
satu pasaran baru. Stategik pengambilalihan juga mempunyai beberapa kelemahan
iaitu firma perlu memikul semua liabiliti – kewangan, pengurusan dan sebaliknya
daripada firma yang diambilalih. Kebiasaannya firma perlu membelanjakan jumlah
wang yang cukup banyak terlebih dahulu sebelum memperolehi hasil.
Dengan
strategi ini, sebuah syarikat berkembang dengan perlahan dan mengembangkan
pelaburannya dalam satu jangka masa yang panjang.
USAHASAMA
Satu perjanjian perniagaan antara dua atau lebih syarikat untuk bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat khusus dan untuk menggalakkan kepentingan bersama. Tidak seperti satu penggabungan atau pengambilalihan, satu usahasama strategik tidak perlu untuk menjadi tetap dan ia membenarkan syarikat-syarikat dalam memelihara faedah yang dimiliki.
Satu
usahasama strategik boleh juga dipanggil satu "perkongsian
strategik". Terdapat beberapa sebab mengapa dua atau lebih syarikat
memilih untuk membuat usahasama. Antaranya:
Usahasama
membenarkan penggabungan sumber. Ini merupakan satu keuntungan besar apabila
dua pihak menawarkan produk/perkhidmatan yang terbaik. Ini mampu memberikan
keuntungan maksimum.
▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬
ReplyDeleteDUKUN SAKTI TERPERCAYA DI INDONESIA
AKY JAYABAYA NO.TLP CALL : 082_333_390_858
▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬
Info togel dan uang gaib adalah tempat penghasil angka jitu terbaik dan terpercaya untuk para pecinta judi togel di seluruh dunia, menggunakan sarana ilmu ghoib yang dapat mendatangkan kekayaan lebih cepat dari biasanya, Kami akan menjaga kualitas dan kepercayaan pengunjung - selamat menemukan solusi.
rahasiangkatogel.blogspot.com