Pages

Ads 468x60px

Tuesday, December 10, 2013

LAMAN PORTAL RASMI




MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eskport negara.

Objektif
Objektif-objektif MATRADE adalah:
Ø  Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
Ø  Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikatMalaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
Ø  Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
Ø  Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Visi
Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi
Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia 

Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:

Ø  Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih; 
Ø  Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
Ø  Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
Ø  Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
Ø  Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
Ø  Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
Ø  Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
Ø  Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


Perdagangan dan E-Dagang

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia. 

Eksport

Aktiviti eksport iaitu menjual produk yang dihasilkan dalam negara ini kepada negara lain merupakan salah satu punca pendapatan negara yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi.  Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dari segenap aspek termasuk bantuan pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan, panduan dagang dan sebagainya. 

Kemudahan Untuk Pengeksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah agensi utama yang bertindak sebagai pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia dan pengimport luar negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa.  Kemudahan yang disediakan MATRADE bertujuan membantu syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, seterusnya mengukuhkan imej Malaysia sebagai rakan kongsi perniagaan bertaraf global.

Kemudahan Untuk Pengimport Asing

Di samping menyediakan kemudahan untuk pengeksport Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari luar negara dalam membina jalinan perniagaan dengan pengeksport Malaysia.  

Import

Malaysia telah menjalin perhubungan perdagangan termasuk perhubungan dua hala dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat.  Pengusaha perniagaan Malaysia boleh mengimport barang-barang dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian menyediakan khidmat pemudahan perdagangan bagi membantu pengimport manakala Kastam Diraja Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan tertentu telah menetapkan beberapa peraturan dan tatacara. 

Duti dan Cukai

Kerajaan Malaysia mengenakan duti dan cukai ke atas barang-barang yang dieksport/import.  Duti dan cukai dikutip dan diuruskan oleh Kastam Diraja Malaysia.

Perjanjian Perdagangan

Dasar perdagangan Malaysia bertujuan untuk melaksanakan liberalisasi menerusi peraturan berdasarkan sistem perdagangan pelbagai hala di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Selain itu juga Malaysia juga memilih untuk melaksanakan penyusunan perdagangan dua hala. 

Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA)

AFTA ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Brunei. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan supaya mendapat faedah terus. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:


Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)

WTO (dahulunya Perjanjian Am Ke Atas Tarif dan Perdagangan (GATT) merupakan salah satu organisasi global yang berurusan dengan peraturan perdagangan di antara negara-negara. Tujuan utama penubuhan WTO adalah untuk membantu pengeluar barangan, pengeksport, dan pengimport untuk mengendalikan perniagaan mereka.

Skim Tariff Keutamaan Sama Rata ( CEPT )

Skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) adalah kerjasama di antara negara-negara ASEAN untuk mengurangkan tariff serantau (intra-regional) dan melucutkan sekatan bukan tarif. Selama 10 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 1993.

Lesen dan Permit

Aktiviti import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Program Latihan Eksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan seminar dan bengkel bagi mengemaskini pengeksport dengan maklumat perdagangan dan perniagaan di pasaran antarabangsa.  Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Promosi Perdagangan

Kerajaan mempertanggungjawabkan beberapa agensinya dalam mempromosikan produk untuk didagangkan. Agensi-agensi ini melaksanakan program-program bertujuan memperkenalkan produk-produk baru ke pasaran dan membantu usahawan memasarkan produk mereka. Antara agensi yang bertanggungjawab menjalankan promosi perdagangan bagi peniaga tempatan ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut :


Statistik Perdagangan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh dilihat pada statistik yang telah disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.

E-Dagang

Internet merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan. Perdagangan yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan cekap kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang.  

E-Perolehan

E-Perolehan membolehkan para pembekal memamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia; menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Ø  EP Shoppe
Ø  Pembolehan

Maklumat Pasaran Antarabangsa 

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan maklumat mengenai pasaran antarabangsa untuk pengeksport-pengeksport Malaysia.  Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Ø  Trade Leads


Monday, December 9, 2013

CONTOH SOALAN-SOALAN AKHIR SIDANG AKADEMIK LEPAS

 Soalan Peperiksaan Bagi Sidang Akademik 1996/1997
April 1997



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Soalan Peperiksaan Bagi Sidang Akademik 1998/1999
April 1999








------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Soalan Peperiksaan Bagi Sidang Akademik 2007/2008
April 2008


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Soalan Peperiksaan Bagi Sidang Akademik 2009/2010
November 2009







SIDANG VIDEO

SIDANG VIDEO PADA 8/9/2013 (A) DAN (B)



 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SIDANG VIDEO PADA 12/10/2013 (A), (B) DAN (C)

  

 

  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------   
SIDANG VIDEO PADA 29/11/2013 



Sunday, December 8, 2013

TUGU KEMEGAHAN DI MALAYSIA

BANDARAYA KUALA LUMPUR


PUSAT PENTADBIRAN 

KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


LEBUH RAYA KL-AMPANG BHD


KERETAPI LAJU (KLIA EXPRESS)


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

(KLIA)


LITAR F1 SEPANG



DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN0FYXD0RRdcQX33ztBEUW4jXR-pf9th5DPrw4zUd1bicDkGM4Fe2BXv4MudmZ4JlOpAlSACznaHl92ppJUtTO-arxjPqQeNDwqQ0o295slGigCKCTyCofKGgInlcqfFyvbWCJh3j8bSik/s1600/pemasaran-internet-300x225.jpg

DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

A. Definisi

• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan

B. Peranan

1.    Meningkatkan tukaran asing 
• Setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk pertukaran asing 
• Kemasukan ini akan menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan kestabilan ekonomi

2.    Meluaskan pasaran 
• Keluaran yang mengalami lebihan dalam negara dipasarkan di peringkat antarabangsa   
• Liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan sasaran pasaran baru akan wujud   
• Keadaan ini meningkatkan keuntungan syarikat tersebut atau botch juga menyebarkan risiko kerugian syarikat

3.    Meningkatkan guna tenaga 
• Semakin banyak jenis keluaran dieksport, jumlah pekerja yang diperlukan untuk aktiviti pengeluaran akan meningkat   
• Keadaan ini mewujudkan peluang pekerjaan 
• Kesejahteraan ekonomi ke arah mencapai guna tenaga penuh akan tercapai

4.    Pemindahan teknologi 
• Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama lain  
• Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

5.    Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran 
• Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan imbangan dagangan dan imbangan bayaran melalui peningkatan jumlah eksport 
• Keadaan ini mewujudkan kestabilan ekonomi

6.    Meningkatkan imej 
• Penglibatan dalam perniagaan antarabangsa mempamerkan imej perniagaan yang telah berkembang 
• Hubungan diplomatik yang erat dengan negara asing meningkatkan imej negara di dunia antarabangsa

 7. Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah
• Perniagaan antarabangsa menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di pasaran tempatan
•  Sumber bahan mentah yang banyak dan murah, mahir dan berkualiti boleh diperoleh di negara asing 
• Keadaan ini membantu mengurangkan kos.

8.    Mengeratkan hubungan dengan negara asing 
• Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala antara negara 
• Saling kebergantungan yang diperlukan mewujudkan semangat kerjasama  Penyelesaian masalah mudah dilakukan dengan bantuan negara asing.

C. Sebab Berlakunya Perdagangan Antarabangsa

Faktor luaran

1.    Meluaskan pasaran 
• Terdapat lebihan keluaran dalam negara   
• Syarikat tempatan terpaksa mencari pasaran baru di luar negara 
• Ini dapat membantu menyebarkan risiko kerugian syarikat

2. Perkongsian teknologi 
• Keperluan sating bergantungan antara dua negara menggalakkan perdagangan antarabangsa 
• Ini kerana teknologi, pengetahuan dan kepakaran dapat dikongsi bersama untuk mengatasi kelemahan masing-masing
• Keadaan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran

3. Sumber pengeluaran
• Kekurangan sumber pengeluaran di pasaran tempatan
• Maka, syarikat tempatan mencari sumber yang murah dan banyak di negara asing
• Sumber mahir dan berkualiti juga boleh didapati

4. Dasar kerajaan 
• Galakan kerajaan asing dari segi penyediaan tapak kilang dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap   
• Promosi pelaburan kerajaan dengan menawarkan status perintis, insentif dan lain-lain menggalakkan berlakunya perdagangan antarabangsa

5. Persekitaran 
• Kestabilan politik negara asing yang menjamin keselamatan nyawa dan harta menggalakkan pelaburan di negara tersebut   
• Kedudukan geografi sesebuah negara yang strategik dapat menjimatkan kos pengangkutan bagi aktiviti import dan eksport 
• Kestabilan ekonomi negara asing yang menjamin peluang perniagaan juga menggalakkan pelaburan di negara tersebut

6. Blok perdagangan
• Contoh: ASEAN menggalakkan aktiviti perniagaan antara negara anggota untuk kepentingan bersama   
• Negara dalam kawasan pertumbuhan bekerjasama membangunkan kawasan serantau melalui kerjasama ekonomi, teknikal dan lain-lain
 
Blogger Templates