DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
A. Definisi
• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan
B. Peranan
1. Meningkatkan tukaran asing
•
Setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk pertukaran
asing
• Kemasukan
ini akan menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan kestabilan ekonomi
2. Meluaskan pasaran
•
Keluaran yang mengalami lebihan dalam negara dipasarkan di peringkat
antarabangsa
•
Liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan sasaran pasaran baru
akan wujud
•
Keadaan ini meningkatkan keuntungan syarikat tersebut atau botch juga
menyebarkan risiko kerugian syarikat
3. Meningkatkan guna tenaga
•
Semakin banyak jenis keluaran dieksport, jumlah pekerja yang diperlukan untuk
aktiviti pengeluaran akan meningkat
•
Keadaan ini mewujudkan peluang pekerjaan
•
Kesejahteraan ekonomi ke arah mencapai guna tenaga penuh akan tercapai
4. Pemindahan teknologi
•
Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama
lain
•
Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu
mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti
5. Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
•
Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan imbangan dagangan dan imbangan
bayaran melalui peningkatan jumlah eksport
•
Keadaan ini mewujudkan kestabilan ekonomi
6. Meningkatkan imej
•
Penglibatan dalam perniagaan antarabangsa mempamerkan imej perniagaan yang
telah berkembang
•
Hubungan diplomatik yang erat dengan negara asing meningkatkan imej negara di
dunia antarabangsa
7. Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah
•
Perniagaan antarabangsa menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di
pasaran tempatan
•
Sumber bahan mentah yang banyak dan murah, mahir dan berkualiti boleh
diperoleh di negara asing
•
Keadaan ini membantu mengurangkan kos.
8. Mengeratkan hubungan dengan negara asing
•
Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala antara
negara
• Saling
kebergantungan yang diperlukan mewujudkan semangat kerjasama Penyelesaian
masalah mudah dilakukan dengan bantuan negara asing.
C. Sebab Berlakunya Perdagangan Antarabangsa
Faktor luaran
1. Meluaskan pasaran
•
Terdapat lebihan keluaran dalam negara
•
Syarikat tempatan terpaksa mencari pasaran baru di luar negara
•
Ini dapat membantu menyebarkan risiko kerugian syarikat
2. Perkongsian teknologi
•
Keperluan sating bergantungan antara dua negara menggalakkan perdagangan
antarabangsa
• Ini
kerana teknologi, pengetahuan dan kepakaran dapat dikongsi bersama untuk
mengatasi kelemahan masing-masing
•
Keadaan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran
3. Sumber pengeluaran
•
Kekurangan sumber pengeluaran di pasaran tempatan
•
Maka, syarikat tempatan mencari sumber yang murah dan banyak di negara asing
•
Sumber mahir dan berkualiti juga boleh didapati
4. Dasar kerajaan
•
Galakan kerajaan asing dari segi penyediaan tapak kilang dengan kemudahan
infrastruktur yang lengkap
•
Promosi pelaburan kerajaan dengan menawarkan status perintis, insentif dan
lain-lain menggalakkan berlakunya perdagangan antarabangsa
5. Persekitaran
•
Kestabilan politik negara asing yang menjamin keselamatan nyawa dan harta
menggalakkan pelaburan di negara tersebut
•
Kedudukan geografi sesebuah negara yang strategik dapat menjimatkan kos
pengangkutan bagi aktiviti import dan eksport
•
Kestabilan ekonomi negara asing yang menjamin peluang perniagaan juga
menggalakkan pelaburan di negara tersebut
6. Blok perdagangan
•
Contoh: ASEAN menggalakkan aktiviti perniagaan antara negara anggota untuk
kepentingan bersama
•
Negara dalam kawasan pertumbuhan bekerjasama membangunkan kawasan serantau
melalui kerjasama ekonomi, teknikal dan lain-lain
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDeletenice
ReplyDelete