Objektif
Objektif-objektif
MATRADE adalah:
Ø Untuk
menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
Ø Untuk
menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya
syarikat-syarikatMalaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
Ø Untuk
memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari
pembekal dari Malaysia; dan
Ø Untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan
Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif
dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk
dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di
seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia,
MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu,
Johor, Sabah dan Sarawak.
Visi
Visi
Menempatkan Malaysia sebagai Negara
Perdagangan Global yang Kompetitif
Misi
Mempromosikan Enterpris Malaysia ke
Pasaran Dunia
Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:
Ø Untuk
mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi
penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta
menjalankan import secara terpilih;
Ø Untuk
merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi
menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
Ø Untuk
menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu
pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan
perdagangan;
Ø Untuk
mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport
Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
Ø Untuk
meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa
Malaysia di luar negara;
Ø Untuk
mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan
perdagangan;
Ø Untuk
membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang
berkaitan dengan perdagangan; dan
Ø Untuk
menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang
cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada
Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara
tersebut.
Malaysia
merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan
merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti
produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan
kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan
makanan, dan produk-produk petrokimia.
Eksport
Aktiviti eksport iaitu menjual produk yang dihasilkan dalam negara ini kepada negara lain merupakan salah satu punca pendapatan negara yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi. Kerajaan menyediakan sistem sokongan bagi membantu pengeksport dari segenap aspek termasuk bantuan pemasaran dan promosi, pembiayaan, pengiktirafan, perundangan, panduan dagang dan sebagainya.
Kemudahan Untuk Pengeksport
Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah agensi utama yang
bertindak sebagai pusat aktiviti bagi pengeksport Malaysia dan pengimport luar
negara untuk mendapatkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa.
Kemudahan yang disediakan MATRADE bertujuan membantu syarikat-syarikat Malaysia
menembusi pasaran antarabangsa, seterusnya mengukuhkan imej Malaysia sebagai
rakan kongsi perniagaan bertaraf global.
Kemudahan Untuk Pengimport Asing
Di samping menyediakan kemudahan untuk pengeksport Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan kemudahan untuk pengimport dari luar negara dalam membina jalinan perniagaan dengan pengeksport Malaysia.
Import
Malaysia telah menjalin perhubungan perdagangan termasuk perhubungan dua hala dengan banyak negara di rantau Asia, Afrika, Amerika, Australasia, Eropah dan Asia Barat. Pengusaha perniagaan Malaysia boleh mengimport barang-barang dari luar negara untuk diedarkan di Malaysia.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian menyediakan khidmat pemudahan perdagangan bagi membantu pengimport manakala Kastam Diraja Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan tertentu telah menetapkan beberapa peraturan dan tatacara.
Duti dan Cukai
Kerajaan
Malaysia mengenakan duti dan cukai ke atas barang-barang yang
dieksport/import. Duti dan cukai dikutip dan diuruskan oleh Kastam Diraja
Malaysia.
Perjanjian Perdagangan
Dasar
perdagangan Malaysia bertujuan untuk melaksanakan liberalisasi menerusi
peraturan berdasarkan sistem perdagangan pelbagai hala di bawah Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO). Selain itu juga Malaysia juga memilih untuk
melaksanakan penyusunan perdagangan dua hala.
Perjanjian Perdagangan Bebas Asean
(AFTA)
AFTA
ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia,
Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan
Brunei. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan
supaya mendapat faedah terus. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)
WTO
(dahulunya Perjanjian Am Ke Atas Tarif dan Perdagangan (GATT) merupakan salah
satu organisasi global yang berurusan dengan peraturan perdagangan di antara
negara-negara. Tujuan utama penubuhan WTO adalah untuk membantu pengeluar
barangan, pengeksport, dan pengimport untuk mengendalikan perniagaan mereka.
Skim Tariff Keutamaan Sama Rata (
CEPT )
Skim
Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) adalah kerjasama di antara negara-negara
ASEAN untuk mengurangkan tariff serantau (intra-regional) dan melucutkan
sekatan bukan tarif. Selama 10 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 1993.
Lesen dan Permit
Aktiviti
import dan eksport adalah di bawah kawalan Akta Larangan Kastam 1967 bagi
memberi perlindungan kepentingan kepada pengilang, kepentingan kesihatan dan
kitar hayat kilang tempatan dan juga kepentingan keselamatan negara. Lesen dan
permit untuk mengeksport dan mengimport harus diperolehi daripada Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Program Latihan Eksport
Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan seminar dan
bengkel bagi mengemaskini pengeksport dengan maklumat perdagangan dan perniagaan
di pasaran antarabangsa. Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Promosi Perdagangan
Kerajaan
mempertanggungjawabkan beberapa agensinya dalam mempromosikan produk untuk
didagangkan. Agensi-agensi ini melaksanakan program-program bertujuan
memperkenalkan produk-produk baru ke pasaran dan membantu usahawan memasarkan
produk mereka. Antara agensi yang bertanggungjawab menjalankan promosi
perdagangan bagi peniaga tempatan ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut :
Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut :
Statistik Perdagangan
Pertumbuhan
ekonomi Malaysia boleh dilihat pada statistik yang telah disediakan oleh
agensi-agensi yang terlibat dengan aktiviti perdagangan.
E-Dagang
Internet
merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan. Perdagangan
yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan cekap
kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan
penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang.
E-Perolehan
E-Perolehan
membolehkan para pembekal memamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia; menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima
bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Klik pada
pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Maklumat Pasaran Antarabangsa
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan maklumat mengenai pasaran antarabangsa untuk pengeksport-pengeksport Malaysia. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Ø Profil
Negara-negara
Øhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1170-perdagangan-dan-e-dagang.html
Øhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1170-perdagangan-dan-e-dagang.html